A S S A L A M U A L A I K U M

Wednesday, June 19, 2013

HIASAN MEJA MESYUARAT

Aktiviti mesyuarat atau taklimat juga memerlukan kepada hiasan menggunakan tanaman hiasan, ianya bukan sahaja berfungsi semata-mata untuk nilai estetika, tetapi ianya juga dapat membangkitkan semangat dan keyakinan diri untuk aktiviti yang dilaksanakan.

meja pencatat minit yang dihias rapi 

 Tanaman hiasan ini juga dapat membantu menyegarkan suasana melalui sebaran oksigen yang dihasilkan nya melalui proses fotosintesis. hasil penyebaran oksigen ini dapat meningkatkan daya berfikir serta mengaktifkan ahli mesyuarat. Dengan itu setiap agenda atau maklumat dalam mesyuarat dapat dibincangkan dengan sebaik mungkin.
hiasan meja ahli jawatankuasa yang mantap
 
hiasan keseluruhan untuk meja mesyuarat

Sunday, June 09, 2013

PELBAGAI HIASAN PENTAS DAN DEWAN


 1. Hiasan hadapan pentas sempena majlis Mesyuarat Agung PIBG, gabungan beberapa tanaman hiasan mengikut tekstur daun yang berbeza mewujudkan satu daya tarikan pandangan. Selingan tanaman berbunga telah membangkitkan satu kesan ceria dan menghidupkan suasana majlis.

foto 1
2. Ini merupakan hiasan sebahagian hiasan dewan untuk Hari Anugerah Cemerlang. Hadapan pentas dilatari dengan tanaman berbunga yang terdiri dari Rain Lily dan catharanthus sp untuk mewujudkan suasana keriangan bersesuaian dengan majlis. Pagar dan batu hiasan membantu memantapkan lagi hiasan.
Foto 2 menunjukkan laluan masuk VIP dan para jemputan ke tempat duduk, laluan masuk dihiaskan dengan pohon turnera sp berbunga kuning. Manakala di sisi laluan telah ditaburkan dengan batu hiasan putih untuk membangkitkan lagi suasana elegance. Tanaman hiasan dalam bekas yang berdaun merah itu pula menimbulkan    "sense of welcome" pada VIP dan hadirin yang melaluinya. 
foto 2

Monday, October 29, 2012

TEKNIK KECANTIKAN TANAMAN HIASAN

Tanaman hiasan perlu diberikan penjagaan dan perhatian yang rapi dan khusus bagi memberikan pertumbuhan dan pemandangan yang baik. Salah satu cara untuk menambah tarikan pada tanaman hiasan terutama yang jenis berbunga dan mempunyai batang berkayu adalah dengan melakukan cantuman.
Tujuan cantuman dilakukan adalah untuk memberi kesan pandangan dan variasi baru pada tanaman hiasan tersebut, biasa cantuman dilakukan dengan tujuan untuk membentuk tanaman supaya satu tanaman mempunyai 2 atau 3 jenis bunga seperti pokok bunga kertas, bagi yang tidak berbunga seperti puding ia boleh membentuk satu tanaman mempunyai 2 atau 3 jenis daun yang berbilang warna.
Antara jenis cantuman yang boleh dilakukan ialah cantuman baji selit. Baji selit mudah dilakukan dan ia tidak akan merosakkan pokok induk, jika cantuman tidak menjadi. Langkah membuat cantuman adalah seperti di bawah :
1. Pilih ranting baru atau istilahnya sion, untuk dicantumkan pada tanaman induk.

 2. Bahagian bawah ranting (sion) tersebut diruncingkan.

 3. Pada pokok induk pilih bahagian batang yang sesuai dan dihiris sedikit seperti pada gambar.

 4. Selitkan ranting (sion) yang telah diruncingkan tadi pada batang pokok induk yang telah dihiris.

 5. Setelah diselitkan, bahagian yang dicantum tadi perlu diikat kemas menggunakan pita cantuman atau tali rafia, seperti gambar di bawah.

 6. Apabila ikatan telah siap, cantuman ini perlu diserkup dengan plastik lutsinar untuk mengelak bahagian yang dicantum dimasuki air yang menyebabkan cantuman itu lekang dan tidak melekat.

 Dalam masa sebulan, jika didapati bahagian sion itu masih segar dan berwarna hijau, maka cantuman itu telah berjaya. Hasilnya anda akan mendapat tanaman hiasan tersebut akan mempunyai 2 warna bunga yang berbeza pada satu pohon pokok. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Monday, September 24, 2012

Penanaman Turf Untuk Laman Rumah

Turf yang baru ditanam. 
Rumput turf ditanam untuk menambah keceriaan kawasan laman rumah.
Ramai orang yang berminat untuk menanam turf begini di kawasan landskap mereka. 
Berikut ini adalah langkah kerja yang mudah untuk penanaman rumput turf. 
1. Membersihkan tapak dari segala rumpai dan sampah seperti batu, kayu dan lain-lain. 
2. Ratakan permukaan tapak dengan pasir halus setebal 2 - 3 cm. 
3. Potong kepingan rumput turf kepada kepingan yang lebih kecil ( biasanya turt di pasaran adalah dalam bentuk kepingan bersaiz 2kaki X 1kaki, ianya dibahagikan kepada 6 atau 8 bahagian mengikut kesesuaian ). 
Turf yang telah dipotong kecil
4. Susun kepingan turf yang telah dipotong tadi di tapak seperti susunan padam catur. ( lihat contoh di atas ).
5. Setelah siap disusun ( ditanam ) pada tapak, kepingan-kepingan turf ini perlu dihentak atau dipijak supaya ianya rapat menyentuh tapak supaya permukaannya akan menjadi rata. 
6. Siram keseluruhan kawasan yang ditanam dengan secukupnya, jika kawasan luas boleh menggunakan kaedah siraman sprinkle yang dijana sedara automatik. 

Sekian terima kasih dan selamat mencuba. 



Thursday, September 20, 2012

ANGGUR MALAYSIA

LADANG ANGGUR DI TASIK BERIS, DAERAH SIK, KEDAH



Monday, July 16, 2012

HIASAN PENTAS

HIASAN PENTAS
HIASAN PENTAS YANG MENARIK DENGAN MENGGABUNGKAN TANAMAN HIASAN PELBAGAI WARNA SAMA ADA DAUN ATAU BUNGA YANG BERWARNA. SELAIN ITU GABUNGAN KETINGGIAN TANAMAN DAN SUSUNAN JUGA PERLU DI PELBAGAIKAN BAGI MENCORAKKAN SITUASI TEMPAT TERSEBUT.

Thursday, November 24, 2011

PANEL MODUL PAV 2011

Guru yang telah menjadi panel untuk penghasilan modul Pertanian bagi mata pelajaran PAV tingkatan satu, yang akan dilaksanakan  rintis di 15 buah sekolah menengah seluruh Malaysia pada 2012. Semoga modul yang dihasilkan akan dapat membantu para guru yang akan mengajar nanti melaksanakan P&P dengan berkesan. PAV merupakan satu mata pelajaran baru aliran vokasional yang dijalankan di Sekolah Menengah harian. Di harapkan perlaksanaan rintisnya pada tahun 2012 akan memberikan impak yang baik.

Friday, July 08, 2011

PENGGUNAAN BEKAS UNTUK TANAMAN HIASAN

Penggunaan bekas untuk menanam tumbuhan hiasan dapat membantu menambah kekemasan dan memberi kesan pandangan yang lebih menarik. Bagi tanaman hiasan jenis indoor memang penggunaan bekas sebagai tempat menanam adalah menjadi keutamaan, tanaman outdoor juga sangat menarik sekiranya ditnanam di dalam bekas. Terdapat beberapa sebab penggunaan bekas bagi tanaman hiasan, iaitu :
1. Tiada kawasan tanah, seperti rumah pangsa kondominium, kawasan berturap dan seumpamanya.
2. Mudah untuk diubah-ubah mengikut kesesuaian susunan.
3. Mudah dikendali dan diselenggara terutamanya bagi tanaman semusim seperti mengawal rumpai, membaja dan lain-lain
4. Untuk kegunaan khas seperti hiasan pentas, majlis-majlis tertentu dan lain-lain 
5. Nilai estetika, penggunaan bekas untuk penanaman juga dapat membantu mencantikkan lagi tanaman hiasan.
Bekas tanaman yang popular digunakan untuk penaman ialah pasu, terdapat berbagai jenis pasu dalam pasaran antaranya pasu tanah liat, seramik, simen ferro dan lain-lain. Bentuk pasu juga ada dalam pelbagai bentuk, ini memerlukan penelitian semasa memilih supaya ianya sesuai dengan keadaan pokok hiasan yang hendak ditanam, pasu juga boleh diperolehi dalam pelbagai saiz yang diawarkan. Selain pasu terdapat juga bekas-bekas lain yang boleh digunakan seperti tayar terpakai, batang kayu reput, buluh, sabut kelapa dan juga binaan konkrit ( planter box ) yang menggunakan teknologi simen ferro.
Jika anda ingin menggunakan bekas untuk menanam tanaman hiasan dan memastikan tanaman hiasan tersebut menarik, anda perlu bijak memilih bekas dan tanaman yang hendak digunakan. Untuk tujuan itu sekiranya anda kurang mahir, boleh meminta khismat nasihat dari orang yang berpengalaman atau membaca bahan-bahan berkaitan seperti majalah LAMAN IMPIANA. Serikanlah halaman rumah kita dengan tanaman hiasan dan landskap yang menarik supaya lebih tenang, nyaman, segar dan indah dipandang.

Tuesday, June 28, 2011

KEINDAHAN TANAMAN HIASAN

Keindahan tanaman hiasan yang anda tanam bergantung kepada amalan penjagaan atau penyenggaraan yang anda lakukan. Antara aspek-aspek penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah penyiraman, pembajaan, merumput, menggembur dan memangkas. Itu adalah perkara asas yang memerlukan rutin yang kerap, tetapi aspek-aspek lain yang perlu di ambil kira dan agak penting adalah keperluan pencahayaan bagi memastikan tanaman yang berbunga menghasilkan bunga yang cantik. Anda juga perlu mengenali sifat-sifat tumbuhan hiasan, kerana terdapat juga tumbuhan hiasan yang perlu pada teduhan. Jadi sebelum anda menanam atau membeli tanaman hiasan anda perlu mengetahui sama ada ianya jenis indoor atau outdoor, supaya tanaman itu membesar dan hidup dengan sempurna. Kebiasaannya bagi tanaman berbunga atau daun yang berwarna ianya memerlukan pada pencahayaan yang banyak ( outdoor ), manakala tanaman jenis batang lembut dan berdaun sahaja sesuai ditanam di tempat teduh ( indoor ). Tetapi anda juga boleh menggunakan pengawalatur ( hormon ) untuk memastikan pembungaan atau melebatkan daun dan sebagainya. Bagi tanaman berbunga anda juga boleh membuang atau mengurangkan daunnya yang lebat untuk memastikan ianya berbunga.

Thursday, March 10, 2011

Bunga Kertas ( Bougainvillea sp )

Bunga kertas atau nama saintifiknya Bougainvillea sp adalah sejenis tanaman hiasan kumpulan renek yang sangat menawan dengan bunganya yang sentiasa berkembang dalam berbagai warna. Suasana persekitaran akan lebih ceria jika bunga kertas ditanam secara sekelompok dan berbagai warna. Untuk memastikan pokok bunga kertas sentiasa berbunga, ianya perlu ditanam di kawasan terbuka yang terdedah pada cahaya sepenuhnya. Selain itu, bunga kertas juga sangat cantik dan menawan untuk dibentuk sebagai tanaman bonsai. Untuk menimbulkan suasana ceria di kawasan halaman rumah, elok lah ditanam dengan bunga kertas. Tanaman ini juga merupakan sejenis tanaman hiasan yang tidak cerewet dan ianya mudah dijaga.