A S S A L A M U A L A I K U M

Friday, July 08, 2011

PENGGUNAAN BEKAS UNTUK TANAMAN HIASAN

Penggunaan bekas untuk menanam tumbuhan hiasan dapat membantu menambah kekemasan dan memberi kesan pandangan yang lebih menarik. Bagi tanaman hiasan jenis indoor memang penggunaan bekas sebagai tempat menanam adalah menjadi keutamaan, tanaman outdoor juga sangat menarik sekiranya ditnanam di dalam bekas. Terdapat beberapa sebab penggunaan bekas bagi tanaman hiasan, iaitu :
1. Tiada kawasan tanah, seperti rumah pangsa kondominium, kawasan berturap dan seumpamanya.
2. Mudah untuk diubah-ubah mengikut kesesuaian susunan.
3. Mudah dikendali dan diselenggara terutamanya bagi tanaman semusim seperti mengawal rumpai, membaja dan lain-lain
4. Untuk kegunaan khas seperti hiasan pentas, majlis-majlis tertentu dan lain-lain 
5. Nilai estetika, penggunaan bekas untuk penanaman juga dapat membantu mencantikkan lagi tanaman hiasan.
Bekas tanaman yang popular digunakan untuk penaman ialah pasu, terdapat berbagai jenis pasu dalam pasaran antaranya pasu tanah liat, seramik, simen ferro dan lain-lain. Bentuk pasu juga ada dalam pelbagai bentuk, ini memerlukan penelitian semasa memilih supaya ianya sesuai dengan keadaan pokok hiasan yang hendak ditanam, pasu juga boleh diperolehi dalam pelbagai saiz yang diawarkan. Selain pasu terdapat juga bekas-bekas lain yang boleh digunakan seperti tayar terpakai, batang kayu reput, buluh, sabut kelapa dan juga binaan konkrit ( planter box ) yang menggunakan teknologi simen ferro.
Jika anda ingin menggunakan bekas untuk menanam tanaman hiasan dan memastikan tanaman hiasan tersebut menarik, anda perlu bijak memilih bekas dan tanaman yang hendak digunakan. Untuk tujuan itu sekiranya anda kurang mahir, boleh meminta khismat nasihat dari orang yang berpengalaman atau membaca bahan-bahan berkaitan seperti majalah LAMAN IMPIANA. Serikanlah halaman rumah kita dengan tanaman hiasan dan landskap yang menarik supaya lebih tenang, nyaman, segar dan indah dipandang.