A S S A L A M U A L A I K U M

Sunday, March 01, 2009

TENSION....STRESS.....PENING KEPALA.....GERAM......
Kenapa jadi begitu?...... tekanan kerja.
Itulah situasi yang terjadi pada guru-guru di sekolah pada masa ini, ini adalah realiti yang memang berlaku. Tanggapan orang ramai bahawa bidang kerja seorang guru adalah mudah, simple dan berbagai perkataan lain yang menggambarkan bahawa kerja guru itu senang adalah salah..silap sama sekali.
Bukan saya hendak mengeluh tetapi hanya sekadar meluahkan perasaan yang terbuku. Karier seorang guru di katakan baik, elok, mulia dan bagus. Memang itu tidak dinafikan, kerana dari seorang guru yang mendidik pelajar itu lah telah melahirkan insan-insan terkenal, berjaya, kaya, mulia dan berbagai lagi.
Sekarang ini, guru dibebani dengan pelbagai tugas yang kadang-kala difikirkan agak melampaui batas, guru terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian ( mengisi borang-borang ), kerja perakaunan ( kutipan yuran, wang rumah sukan, wang persatuan dan kelab, wang aktiviti permainan ), kerja pengauditan ( mengisi buku stok, memeriksa dan menjilid alatan dalam panitia dan lain-lain tugas lagi.
Tetapi pada dasarnya tugas utama guru adalah mengajar sama ada di dalam atau luar bilik darjah, itulah perkara yang dirujuk untuk menilai seorang guru. Jadi cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana seorang guru itu mampu untuk menyampaikan isi pengajarannya dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan kepadanya. Memang sukar untuk digambarkan situasi ini, fikir...fikirkan lahhhh.