A S S A L A M U A L A I K U M

Tuesday, June 28, 2011

KEINDAHAN TANAMAN HIASAN

Keindahan tanaman hiasan yang anda tanam bergantung kepada amalan penjagaan atau penyenggaraan yang anda lakukan. Antara aspek-aspek penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah penyiraman, pembajaan, merumput, menggembur dan memangkas. Itu adalah perkara asas yang memerlukan rutin yang kerap, tetapi aspek-aspek lain yang perlu di ambil kira dan agak penting adalah keperluan pencahayaan bagi memastikan tanaman yang berbunga menghasilkan bunga yang cantik. Anda juga perlu mengenali sifat-sifat tumbuhan hiasan, kerana terdapat juga tumbuhan hiasan yang perlu pada teduhan. Jadi sebelum anda menanam atau membeli tanaman hiasan anda perlu mengetahui sama ada ianya jenis indoor atau outdoor, supaya tanaman itu membesar dan hidup dengan sempurna. Kebiasaannya bagi tanaman berbunga atau daun yang berwarna ianya memerlukan pada pencahayaan yang banyak ( outdoor ), manakala tanaman jenis batang lembut dan berdaun sahaja sesuai ditanam di tempat teduh ( indoor ). Tetapi anda juga boleh menggunakan pengawalatur ( hormon ) untuk memastikan pembungaan atau melebatkan daun dan sebagainya. Bagi tanaman berbunga anda juga boleh membuang atau mengurangkan daunnya yang lebat untuk memastikan ianya berbunga.