1. Hiasan hadapan pentas sempena majlis Mesyuarat Agung PIBG, gabungan beberapa tanaman hiasan mengikut tekstur daun yang berbeza mewujudkan satu daya tarikan pandangan. Selingan tanaman berbunga telah membangkitkan satu kesan ceria dan menghidupkan suasana majlis.
foto 1 |
2. Ini merupakan hiasan sebahagian hiasan dewan untuk Hari Anugerah Cemerlang. Hadapan pentas dilatari dengan tanaman berbunga yang terdiri dari Rain Lily dan catharanthus sp untuk mewujudkan suasana keriangan bersesuaian dengan majlis. Pagar dan batu hiasan membantu memantapkan lagi hiasan.
Foto 2 menunjukkan laluan masuk VIP dan para jemputan ke tempat duduk, laluan masuk dihiaskan dengan pohon turnera sp berbunga kuning. Manakala di sisi laluan telah ditaburkan dengan batu hiasan putih untuk membangkitkan lagi suasana elegance. Tanaman hiasan dalam bekas yang berdaun merah itu pula menimbulkan "sense of welcome" pada VIP dan hadirin yang melaluinya.
foto 2 |
No comments:
Post a Comment