A S S A L A M U A L A I K U M

Sunday, February 22, 2009

Assalamualaikum...
Memulakan catatan dalam blog ini, adalah untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu terkini dalam dan luar negara. Melihat kepada keadaan semasa di negara kita sekarang adalah lebih elok kita memerhatikan kepada gelagat generasi pewaris pentadbiran negara kita yang akan datang. Maksud saya di sini anak-anak muda dan belia di negara kita, apakah yang kita akan harapkan dari mereka pada masa hadapan, dengan situasi yang kita lihat pada hari ini , sebahagian besar generasi pewaris ini telah tersungkur dengan pelbagai gejala yang mengharu-birukan, berbagai gejala keruntuhan moral telah melanda....apakah ini akibat dari arus permodenan yang keterlaluan atau salah percaturan didikan. Menyentuh perkara berkaitan pendidikan, dimanakah silapnya arah pendidikan atau hala tuju pendidikan kita. Pendidikan di sini tidak hanya menjurus kepada alam pendidikan formal di sekolah, kolej atau IPT sahaja, tetapi apa yang paling utama adalah pendidikan tak formal di rumah dan dalam masyarakat. Keutamaan dalam pembentukan peribadi anak-anak ini adalah bermula dari rumah, perlu dilihat bagaimana cara pembentukan peribadi anak-anak di rumah, ibu bapa adalam 'acuan' utamanya, dari sini ia akan bercambah dalam masyarakat. Bagaimana masyarakat hendak membentuk keperibadian mulia untuk generasi-generasi pewaris ini ? ...cuba anda fikir-fikirkan, dan sama-sama kita luahkan pandangan dan buah fikiran demi melahirkan kekuatan ummah kita dan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara tercinta.