A S S A L A M U A L A I K U M

Tuesday, March 24, 2009

Menarik....bonsai ini...


Tanaman ini adalah Ficus religiosa atau nama biasanya adalah ara atau beringin. Sejenis tanaman yang menumpang pada asalnya, tetapi kini ianya telah dijadikan tanaman tungal untuk dijadikan bonsai yang menarik. Keadaannya yang berdaun lebat menyebabkan ianya sangat sesuai untuk dijadikan bonsai.
Sesuai ditanam dalam pasu, dan boleh diletakkan di kawasan lapang yang terbuka serta mampu bertahan pada panas dan cahaya yang terik. Ianya sejenis tumbuhan yang mempunyai getah dan tidak memerlukan pada penyenggaraan yang cerewet. Boleh dikatakan juga tanaman ini adalah dari jenis 'low maintainance'.
Gambar foto diatas menunjukkan tanaman yang saya telah bentukkan menjadi bonsai, proses ini telah berlaku selama 3 tahun. Tanaman dibiakkan menggunakan keratan batang dan proses pembentukkan seperti itu, hanya dibuat dengan cara memangkas sahaja. Ianya masih belum terbentuk sepenuhnya, masih memerlukan masa untuk menjadi lebih menarik.

Sunday, March 22, 2009

Tanaman hiasan

Ini adalah pokok Streblus asper atau kesinai, pokok ini banyak digunakan untuk tanaman secara topiari atau dibuat bonsai.
Sejenis tanaman yang tidak memerlukan penyenggaraan berat. Sesuai ditanam di kawasan panas dan mempunyai cahaya penuh, ia juga tidak cerewet. Ciri-ciri daunnya adalah sesuai untuk dibentuk menjadi tanaman bonsai atau topiari. Gambar di sebelah menunjukkan pokok kesinai yang saya tanam menggunakan kaedah akar terdedah dan saya telah membentuknya untuk dijadikan bonsai. Pokok ini telah saya tanam dan bentuk selama 4 tahun lebih kurang.

Friday, March 20, 2009

Tanaman landskap

Ini pula Muraya paniculata atau nama melayunya pokok kemuning. Tanaman ini juga sesuai ditanam di kawasan panas dan bercahaya penuh.
Pokok ini boleh dibiakkan secara biji benih atau dibuat tut. Mempunyai daun hijau berkilat dan berbunga putih serta berbau harum. Sangat baik ditanam sekeliling rumah, supaya berbau harum.
Gambar di sebelah menunjukkan tanaman ini yang saya tanam untuk dijadikan bonsai, dan saya membiakkannya menggunakan biji benih. Masih di peringkat awal, tetapi batangnya telah saya bentuk menjadi zig zag.

Kenali tanaman landskap.

Tanaman ini di kenali sebagai Ficus rubiginosa variegata, atau nama biasanya adalah Ara kuning.
Pokok ini perlu ditanam di tempat yang mendapat cahaya penuh dan panas.
Ianya boleh ditanam sebagai tanaman tunggal, pagaran dan cantik juga untuk direka menjadi bonsai.
Gambar di atas adalah tanaman ini yang sedang dibentuk untuk dijadikan bonsai oleh saya sendiri, pada asalnya saya menanamnya di tanah untuk menghasilkan batangnya yang besar, saya menggunakan kaedah tanaman keratan batang. Bila keadaan batangnya telah menjadi besar, sekarang saya telah mengubahnya ke dalam pasu untuk dibentuk menajdi bonsai. Harapan saya supaya nanti, ia akan menjadi bonsai yang menarik dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Sunday, March 08, 2009


Apa khabar....
Ini adalah family saya, sungguh bahagia rasanya kehidupan ini bersama anak-anak dan isteri tersayang. Kehidupan berkeluarga sangat indah sekiranya kita dapat bersama-sama merencanakan arah tuju hidup kita dengan sempurna. Keyakinan diri juga akan lebih teguh dengan adanya sikap saling bantu-membantu dan toleransi antara ahli keluarga terutamanya suami isteri. Anak-anak adalah anugerah dan juga amanah dari Allah untuk kita menjaga dan mendidiknya menjadi insan yang bertaqwa.
Sebagai ketua keluarga, kita para suami perlulah membentuk keluarga ke arah kesempurnaan, demi menyambung warisan hidup kita dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk menyambung dakwah islamiah yang agung lagi suci.

Sunday, March 01, 2009

TENSION....STRESS.....PENING KEPALA.....GERAM......
Kenapa jadi begitu?...... tekanan kerja.
Itulah situasi yang terjadi pada guru-guru di sekolah pada masa ini, ini adalah realiti yang memang berlaku. Tanggapan orang ramai bahawa bidang kerja seorang guru adalah mudah, simple dan berbagai perkataan lain yang menggambarkan bahawa kerja guru itu senang adalah salah..silap sama sekali.
Bukan saya hendak mengeluh tetapi hanya sekadar meluahkan perasaan yang terbuku. Karier seorang guru di katakan baik, elok, mulia dan bagus. Memang itu tidak dinafikan, kerana dari seorang guru yang mendidik pelajar itu lah telah melahirkan insan-insan terkenal, berjaya, kaya, mulia dan berbagai lagi.
Sekarang ini, guru dibebani dengan pelbagai tugas yang kadang-kala difikirkan agak melampaui batas, guru terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian ( mengisi borang-borang ), kerja perakaunan ( kutipan yuran, wang rumah sukan, wang persatuan dan kelab, wang aktiviti permainan ), kerja pengauditan ( mengisi buku stok, memeriksa dan menjilid alatan dalam panitia dan lain-lain tugas lagi.
Tetapi pada dasarnya tugas utama guru adalah mengajar sama ada di dalam atau luar bilik darjah, itulah perkara yang dirujuk untuk menilai seorang guru. Jadi cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana seorang guru itu mampu untuk menyampaikan isi pengajarannya dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan kepadanya. Memang sukar untuk digambarkan situasi ini, fikir...fikirkan lahhhh.