A S S A L A M U A L A I K U M

Monday, November 01, 2010

EDIBLE GARDEN

Hasil dari kreativiti dan sedikit kemahiran, telah muncul sebuah edible garden di perkarangan SMK. Chepir. Agak menarik apabila bahan tanaman dari pelbagai jenis sayuran, ulaman, herba, dan tanaman hiasan digabungkan untuk membentuk sebuah taman. Hasilnya lihat gambar foto di atas.

Saturday, March 20, 2010

ALIRAN KERJA LANDSKAP SECARA UMUM

SALAM TEMAN-TEMAN SEMUA, SATU SOALAN DARI EN. ZAN TENTANG ALIRAN KERJA MENYIAPKAN SEBUAH LANDSKAP SECARA UMUM, TERIMA KASIH EN ZAN.
SECARA RINGKAS :
  1. MELIHAT DAN MENGKAJI TAPAK UNTUK LANDSKAP.  ( kaji kedudukan mata angin, arah pancaran matahari, tiupan angin, laluan utama dll. )
  2. MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK LANDSKAP YANG HENDAK DIBINA ( perlu tahu elemen-elemen yang hendak digunakan, elemen tumbuhan dan elemen binaan perlu seimbang supaya landskap nampak menarik )
  3. MEMILIH TANAMAN YANG SESUAI ( perlu tahu kumpulan tanaman sama ada boleh terima cahaya terik atau perlu kawasan redup, tinggi rendah tanaman, ciri-ciri pertumbuhan tanaman dll. )
  4. PROSES MEMBINA LANDSKAP ( perlu tahu aspek penanaman supaya pertumbuhannya sempurna dan pembinaan perlu mengikut lakaran pelan yang telah dibuat ) 
  5. PROSES PENJAGAAN TANAMAN JUGA PENTING UNTUK MEMASTIKAN SESEBUAH TAMAN LANDSKAP NAMPAK MENARIK. 
SECARA RINGKASNYA BEGITULAH LANGKAH KERJA PEMBINAAN LANDSKAP, UNTUK LEBIH DETAIL KENA CARI BAHAN BACAAN YANG SESUAI ATAU TENAGA PAKAR DALAM BIDANG LANDSKAP. KHAS UNTUK EN. ZAN KALAU ADA APA-APA LAGI YANG PERLU, SILA KEMUKAKAN PADA SAYA, SEKIAN WASSALAM

Thursday, February 04, 2010

TAMAN MINI

Ini sebuah taman mini yang dibina pada suatu sudut tangga bangunan, ianya berfungsi untuk mengisi ruang yang kosong bagi mewujudkan satu suasana atau sudut pandang yang menyegarkan. Selain itu kewujudan taman mini begini yang dilatari dengan gubahan bungaan hidup yang segar dan disuaikan dengan elemen landskap kejur air pancuran ini akan memberikan satu kesan semulajadi yang menenangkan perasaan. Pembinaan taman mini begini pada sudut kawasan masuk sesebuah bangunan akan memberikan keadaan "sense of welcome" pada tetamu yang hadir kekawasan tersebut.