A S S A L A M U A L A I K U M

Saturday, March 20, 2010

ALIRAN KERJA LANDSKAP SECARA UMUM

SALAM TEMAN-TEMAN SEMUA, SATU SOALAN DARI EN. ZAN TENTANG ALIRAN KERJA MENYIAPKAN SEBUAH LANDSKAP SECARA UMUM, TERIMA KASIH EN ZAN.
SECARA RINGKAS :
  1. MELIHAT DAN MENGKAJI TAPAK UNTUK LANDSKAP.  ( kaji kedudukan mata angin, arah pancaran matahari, tiupan angin, laluan utama dll. )
  2. MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK LANDSKAP YANG HENDAK DIBINA ( perlu tahu elemen-elemen yang hendak digunakan, elemen tumbuhan dan elemen binaan perlu seimbang supaya landskap nampak menarik )
  3. MEMILIH TANAMAN YANG SESUAI ( perlu tahu kumpulan tanaman sama ada boleh terima cahaya terik atau perlu kawasan redup, tinggi rendah tanaman, ciri-ciri pertumbuhan tanaman dll. )
  4. PROSES MEMBINA LANDSKAP ( perlu tahu aspek penanaman supaya pertumbuhannya sempurna dan pembinaan perlu mengikut lakaran pelan yang telah dibuat ) 
  5. PROSES PENJAGAAN TANAMAN JUGA PENTING UNTUK MEMASTIKAN SESEBUAH TAMAN LANDSKAP NAMPAK MENARIK. 
SECARA RINGKASNYA BEGITULAH LANGKAH KERJA PEMBINAAN LANDSKAP, UNTUK LEBIH DETAIL KENA CARI BAHAN BACAAN YANG SESUAI ATAU TENAGA PAKAR DALAM BIDANG LANDSKAP. KHAS UNTUK EN. ZAN KALAU ADA APA-APA LAGI YANG PERLU, SILA KEMUKAKAN PADA SAYA, SEKIAN WASSALAM