Thursday, November 24, 2011
PANEL MODUL PAV 2011
Guru yang telah menjadi panel untuk penghasilan modul Pertanian bagi mata pelajaran PAV tingkatan satu, yang akan dilaksanakan rintis di 15 buah sekolah menengah seluruh Malaysia pada 2012. Semoga modul yang dihasilkan akan dapat membantu para guru yang akan mengajar nanti melaksanakan P&P dengan berkesan. PAV merupakan satu mata pelajaran baru aliran vokasional yang dijalankan di Sekolah Menengah harian. Di harapkan perlaksanaan rintisnya pada tahun 2012 akan memberikan impak yang baik.
Friday, July 08, 2011
PENGGUNAAN BEKAS UNTUK TANAMAN HIASAN
Penggunaan bekas untuk menanam tumbuhan hiasan dapat membantu menambah kekemasan dan memberi kesan pandangan yang lebih menarik. Bagi tanaman hiasan jenis indoor memang penggunaan bekas sebagai tempat menanam adalah menjadi keutamaan, tanaman outdoor juga sangat menarik sekiranya ditnanam di dalam bekas. Terdapat beberapa sebab penggunaan bekas bagi tanaman hiasan, iaitu :
1. Tiada kawasan tanah, seperti rumah pangsa kondominium, kawasan berturap dan seumpamanya.
2. Mudah untuk diubah-ubah mengikut kesesuaian susunan.
3. Mudah dikendali dan diselenggara terutamanya bagi tanaman semusim seperti mengawal rumpai, membaja dan lain-lain
4. Untuk kegunaan khas seperti hiasan pentas, majlis-majlis tertentu dan lain-lain
5. Nilai estetika, penggunaan bekas untuk penanaman juga dapat membantu mencantikkan lagi tanaman hiasan.
Bekas tanaman yang popular digunakan untuk penaman ialah pasu, terdapat berbagai jenis pasu dalam pasaran antaranya pasu tanah liat, seramik, simen ferro dan lain-lain. Bentuk pasu juga ada dalam pelbagai bentuk, ini memerlukan penelitian semasa memilih supaya ianya sesuai dengan keadaan pokok hiasan yang hendak ditanam, pasu juga boleh diperolehi dalam pelbagai saiz yang diawarkan. Selain pasu terdapat juga bekas-bekas lain yang boleh digunakan seperti tayar terpakai, batang kayu reput, buluh, sabut kelapa dan juga binaan konkrit ( planter box ) yang menggunakan teknologi simen ferro.
Jika anda ingin menggunakan bekas untuk menanam tanaman hiasan dan memastikan tanaman hiasan tersebut menarik, anda perlu bijak memilih bekas dan tanaman yang hendak digunakan. Untuk tujuan itu sekiranya anda kurang mahir, boleh meminta khismat nasihat dari orang yang berpengalaman atau membaca bahan-bahan berkaitan seperti majalah LAMAN IMPIANA. Serikanlah halaman rumah kita dengan tanaman hiasan dan landskap yang menarik supaya lebih tenang, nyaman, segar dan indah dipandang.

Tuesday, June 28, 2011
KEINDAHAN TANAMAN HIASAN
Keindahan tanaman hiasan yang anda tanam bergantung kepada amalan penjagaan atau penyenggaraan yang anda lakukan. Antara aspek-aspek penyenggaraan yang perlu dilakukan adalah penyiraman, pembajaan, merumput, menggembur dan memangkas. Itu adalah perkara asas yang memerlukan rutin yang kerap, tetapi aspek-aspek lain yang perlu di ambil kira dan agak penting adalah keperluan pencahayaan bagi memastikan tanaman yang berbunga menghasilkan bunga yang cantik. Anda juga perlu mengenali sifat-sifat tumbuhan hiasan, kerana terdapat juga tumbuhan hiasan yang perlu pada teduhan. Jadi sebelum anda menanam atau membeli tanaman hiasan anda perlu mengetahui sama ada ianya jenis indoor atau outdoor, supaya tanaman itu membesar dan hidup dengan sempurna. Kebiasaannya bagi tanaman berbunga atau daun yang berwarna ianya memerlukan pada pencahayaan yang banyak ( outdoor ), manakala tanaman jenis batang lembut dan berdaun sahaja sesuai ditanam di tempat teduh ( indoor ). Tetapi anda juga boleh menggunakan pengawalatur ( hormon ) untuk memastikan pembungaan atau melebatkan daun dan sebagainya. Bagi tanaman berbunga anda juga boleh membuang atau mengurangkan daunnya yang lebat untuk memastikan ianya berbunga.
Labels:
berbunga,
penjagaan,
penyenggaraan,
tanaman hiasan
Thursday, March 10, 2011
Bunga Kertas ( Bougainvillea sp )
Bunga kertas atau nama saintifiknya Bougainvillea sp adalah sejenis tanaman hiasan kumpulan renek yang sangat menawan dengan bunganya yang sentiasa berkembang dalam berbagai warna. Suasana persekitaran akan lebih ceria jika bunga kertas ditanam secara sekelompok dan berbagai warna. Untuk memastikan pokok bunga kertas sentiasa berbunga, ianya perlu ditanam di kawasan terbuka yang terdedah pada cahaya sepenuhnya. Selain itu, bunga kertas juga sangat cantik dan menawan untuk dibentuk sebagai tanaman bonsai. Untuk menimbulkan suasana ceria di kawasan halaman rumah, elok lah ditanam dengan bunga kertas. Tanaman ini juga merupakan sejenis tanaman hiasan yang tidak cerewet dan ianya mudah dijaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)