A S S A L A M U A L A I K U M

Monday, October 29, 2012

TEKNIK KECANTIKAN TANAMAN HIASAN

Tanaman hiasan perlu diberikan penjagaan dan perhatian yang rapi dan khusus bagi memberikan pertumbuhan dan pemandangan yang baik. Salah satu cara untuk menambah tarikan pada tanaman hiasan terutama yang jenis berbunga dan mempunyai batang berkayu adalah dengan melakukan cantuman.
Tujuan cantuman dilakukan adalah untuk memberi kesan pandangan dan variasi baru pada tanaman hiasan tersebut, biasa cantuman dilakukan dengan tujuan untuk membentuk tanaman supaya satu tanaman mempunyai 2 atau 3 jenis bunga seperti pokok bunga kertas, bagi yang tidak berbunga seperti puding ia boleh membentuk satu tanaman mempunyai 2 atau 3 jenis daun yang berbilang warna.
Antara jenis cantuman yang boleh dilakukan ialah cantuman baji selit. Baji selit mudah dilakukan dan ia tidak akan merosakkan pokok induk, jika cantuman tidak menjadi. Langkah membuat cantuman adalah seperti di bawah :
1. Pilih ranting baru atau istilahnya sion, untuk dicantumkan pada tanaman induk.

 2. Bahagian bawah ranting (sion) tersebut diruncingkan.

 3. Pada pokok induk pilih bahagian batang yang sesuai dan dihiris sedikit seperti pada gambar.

 4. Selitkan ranting (sion) yang telah diruncingkan tadi pada batang pokok induk yang telah dihiris.

 5. Setelah diselitkan, bahagian yang dicantum tadi perlu diikat kemas menggunakan pita cantuman atau tali rafia, seperti gambar di bawah.

 6. Apabila ikatan telah siap, cantuman ini perlu diserkup dengan plastik lutsinar untuk mengelak bahagian yang dicantum dimasuki air yang menyebabkan cantuman itu lekang dan tidak melekat.

 Dalam masa sebulan, jika didapati bahagian sion itu masih segar dan berwarna hijau, maka cantuman itu telah berjaya. Hasilnya anda akan mendapat tanaman hiasan tersebut akan mempunyai 2 warna bunga yang berbeza pada satu pohon pokok. Selamat mencuba, semoga berjaya.

Monday, September 24, 2012

Penanaman Turf Untuk Laman Rumah

Turf yang baru ditanam. 
Rumput turf ditanam untuk menambah keceriaan kawasan laman rumah.
Ramai orang yang berminat untuk menanam turf begini di kawasan landskap mereka. 
Berikut ini adalah langkah kerja yang mudah untuk penanaman rumput turf. 
1. Membersihkan tapak dari segala rumpai dan sampah seperti batu, kayu dan lain-lain. 
2. Ratakan permukaan tapak dengan pasir halus setebal 2 - 3 cm. 
3. Potong kepingan rumput turf kepada kepingan yang lebih kecil ( biasanya turt di pasaran adalah dalam bentuk kepingan bersaiz 2kaki X 1kaki, ianya dibahagikan kepada 6 atau 8 bahagian mengikut kesesuaian ). 
Turf yang telah dipotong kecil
4. Susun kepingan turf yang telah dipotong tadi di tapak seperti susunan padam catur. ( lihat contoh di atas ).
5. Setelah siap disusun ( ditanam ) pada tapak, kepingan-kepingan turf ini perlu dihentak atau dipijak supaya ianya rapat menyentuh tapak supaya permukaannya akan menjadi rata. 
6. Siram keseluruhan kawasan yang ditanam dengan secukupnya, jika kawasan luas boleh menggunakan kaedah siraman sprinkle yang dijana sedara automatik. 

Sekian terima kasih dan selamat mencuba. 



Thursday, September 20, 2012

ANGGUR MALAYSIA

LADANG ANGGUR DI TASIK BERIS, DAERAH SIK, KEDAH



Monday, July 16, 2012

HIASAN PENTAS

HIASAN PENTAS
HIASAN PENTAS YANG MENARIK DENGAN MENGGABUNGKAN TANAMAN HIASAN PELBAGAI WARNA SAMA ADA DAUN ATAU BUNGA YANG BERWARNA. SELAIN ITU GABUNGAN KETINGGIAN TANAMAN DAN SUSUNAN JUGA PERLU DI PELBAGAIKAN BAGI MENCORAKKAN SITUASI TEMPAT TERSEBUT.