A S S A L A M U A L A I K U M

Monday, December 28, 2009

LANDSKAP KEJUR

Salah satu binaan dalam landskap kejur adalah air terjun seperti dalam foto yang dipaparkan ini, air terjun ini adalah salah satu binaan landskap yang telah dibina oleh saya. Pembinaan air terjun ini adalah menggunakan teknik simenferro.

Saturday, November 07, 2009

RENUNGAN......

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Untuk rakan-rakan guru dan semua pembaca blog ini, sekarang kita di penghujung tahun 2009, bagaimana dengan azam kita untuk tahun ini, adakah telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya atau masih belum terlaksana ?
Tetapi apa yang pasti tahun 2009 akan meninggalkan kita tidak lama lagi, dan menjelma tahun 2010...maka akan terlaung pula azam baru. Semua ini adalah untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan kita....yang pasti perjuangan kita masih belum selesai dan masih jauh.......

Friday, September 11, 2009

ELEMEN-ELEMEN UTAMA DALAM PEMBINAAN LANDSKAP

1. Tumbuh-tumbuhan.
Fungsinya adalah untuk mengawal pemandangan, mengawal iklim, mengawal kebisingan, mengawal pencemaran, mengarah perjalanan, memberi tumpuan, membingkai pemandangan dan mengawal hakisan. Pemilihan tumbuhan adalah bergantung kepada ciri-ciri dan fungsinya.



2. Bahan binaan.
Ianya merupakan pelengkap pada reka bentuk landskap. Binaan-binaan khas dibuat untuk memasukkan ciri-ciri yang tidak terdapat pada tumbuh-tumbuhan dalam reka bentuk landskap. Elemen ini juga perlulah tahan lasak, mudah dibentuk dan mudah diselenggarakan.

3. Air.
Elemen air digunakan bagi tujuan menyejukkan udara persekitaran, menambah kreativiti dan ianya juga dapat membantu menenangkan fikiran.

4. Rupa bumi.
Elemen ini akan bertindak untuk menimbulkan kesan semulajadi, ianya merangkumi pembentukan gunung, bukit dan lembah. Penambahan elemen ini dalam reka bentuk landskap sangat penting untuk mengelakkan rasa kebosanan.

Thursday, September 10, 2009

DUNIA LANDSKAP

 
Landskap adalah satu gambaran rupa bentuk atas permukaan bumi. Apa sahaja yang dapat dilihat atas muka bumi adalah landskap. Bagi melaksanakan binaan landskap, beberapa perkara perlu di ketahui dan di fahami.
Untuk membina landskap yang menarik, gabungan antara landskap lembut ( softscape) dan landskap kejur (hardscape) harus digunakan.
Landskap lembut terdiri dari tumbuh-tumbuhan, manakala landskap kejur terdiri dari binaan yang dibuat. Selain itu corak susunan elemen juga adalah sangat penting. Jadi untuk mendapatkan satu binaan landskap yang menarik kita perlu meneliti dari pelbagai aspek. Nanti saya akan menerangkan lagi beberapa perkara penting dalam pembinaan landskap.

Sunday, August 30, 2009

KEMERDEKAAN YANG KE 52

ASSALAMUALAIKUM....
NEGARA KITA SEKALI LAGI MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN, KALI INI ADALAH YANG KE 52. NEGARA SEMAKIN BERKEMBANG MAJU SEIRING DENGAN KEMAJUAN DUNIA GLOBALISASI. SEBAGAI RAKYAT DI NEGARA YANG BERTUAH INI, KITA SAMA-SAMA BERSYUKUR KERANA DIANUGERAHI ILAHI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR DAN SEJAHTERA. APAKAH YANG KITA KECAPI PADA MASA INI AKAN KEKAL BERTERUSAN SELAMA-LAMANYA.... AGAK SUKAR UNTUK KITA MENGIYAKAN NYA. LIHAT LAH FENOMENA POLITIK KITA....LIHATLAH SUASANA EKONOMI KITA.....LIHAT JUGA MUKA BUMI NEGARA KITA..... DAN YANG PALING PENTING LAGI, LIHATKAN GENERASI KITA. APA YANG DAPAT KITA JELASKAN......
JADI RENUNG-RENUNGKAN LAH NASIB NEGARA KITA PADA MASA AKAN DATANG DENGAN APA KITA ADA PADA MASA INI.
SEKIAN, SALAM KEMERDEKAAN

Tuesday, August 04, 2009

SMK. CHEPIR

INI ADALAH SEBAHAGIAN KAWASAN
LANDSKAP DAN NURSERI KAT SEKOLAH SMK. CHEPIR. KAWASAN
INI AKAN SENTIASA DI PERINDAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA

Friday, July 17, 2009

PROJEK BARU NIIII


HIII....LAMA DAH TK BUAT CATATAN BARU NI. SKRG AGAK SIBUK LER, SEDANG SIAPKAN SATU PROJEK LANDSKAP BARU KAT SEBUAH RUMAH SEMI D. NOW DAH 80% SIAP. NI ADA SATU PIC BAHAGIAN KOLAM AIR TERJUN YANG SEDANG DIBINA. NANTI DAH SIAP 100% SAYA AKAN CUBA PAPARKAN DI SINI JIKA PEMILIKNYA MENGIZINKAN.

Sunday, April 26, 2009


INI LER SALAH SATU TAMAN MINI KAT RUMAH SAYA. SIMPLE JERRR, TAPI TETAP MENARIK KAN.

Saturday, April 18, 2009

Landskap: Hiasan Pentas dan Dewan

Penggunaan elemen landskap lembut dan landskap kejur amat menarik untuk digabungkan sebagai hiasan pentas atau hiasan dewan. Gambar di atas menunjukkan satu hiasan pentas yang telah digubah dengan menggabungkan tanaman hiasan dan air pancut, ianya menimbulkan suasana yang segar dan nyaman.
Saya menggunakan pancutan air bagi menghasilkan bunyian percikan air supaya ia lebih semulajadi. Pembentukan hiasan ini hanya memerlukan kos yang minima sahaja, tetapi hasilnya besttttt dan mendapat banyak pujian.

Tuesday, March 24, 2009

Menarik....bonsai ini...


Tanaman ini adalah Ficus religiosa atau nama biasanya adalah ara atau beringin. Sejenis tanaman yang menumpang pada asalnya, tetapi kini ianya telah dijadikan tanaman tungal untuk dijadikan bonsai yang menarik. Keadaannya yang berdaun lebat menyebabkan ianya sangat sesuai untuk dijadikan bonsai.
Sesuai ditanam dalam pasu, dan boleh diletakkan di kawasan lapang yang terbuka serta mampu bertahan pada panas dan cahaya yang terik. Ianya sejenis tumbuhan yang mempunyai getah dan tidak memerlukan pada penyenggaraan yang cerewet. Boleh dikatakan juga tanaman ini adalah dari jenis 'low maintainance'.
Gambar foto diatas menunjukkan tanaman yang saya telah bentukkan menjadi bonsai, proses ini telah berlaku selama 3 tahun. Tanaman dibiakkan menggunakan keratan batang dan proses pembentukkan seperti itu, hanya dibuat dengan cara memangkas sahaja. Ianya masih belum terbentuk sepenuhnya, masih memerlukan masa untuk menjadi lebih menarik.

Sunday, March 22, 2009

Tanaman hiasan

Ini adalah pokok Streblus asper atau kesinai, pokok ini banyak digunakan untuk tanaman secara topiari atau dibuat bonsai.
Sejenis tanaman yang tidak memerlukan penyenggaraan berat. Sesuai ditanam di kawasan panas dan mempunyai cahaya penuh, ia juga tidak cerewet. Ciri-ciri daunnya adalah sesuai untuk dibentuk menjadi tanaman bonsai atau topiari. Gambar di sebelah menunjukkan pokok kesinai yang saya tanam menggunakan kaedah akar terdedah dan saya telah membentuknya untuk dijadikan bonsai. Pokok ini telah saya tanam dan bentuk selama 4 tahun lebih kurang.

Friday, March 20, 2009

Tanaman landskap

Ini pula Muraya paniculata atau nama melayunya pokok kemuning. Tanaman ini juga sesuai ditanam di kawasan panas dan bercahaya penuh.
Pokok ini boleh dibiakkan secara biji benih atau dibuat tut. Mempunyai daun hijau berkilat dan berbunga putih serta berbau harum. Sangat baik ditanam sekeliling rumah, supaya berbau harum.
Gambar di sebelah menunjukkan tanaman ini yang saya tanam untuk dijadikan bonsai, dan saya membiakkannya menggunakan biji benih. Masih di peringkat awal, tetapi batangnya telah saya bentuk menjadi zig zag.

Kenali tanaman landskap.

Tanaman ini di kenali sebagai Ficus rubiginosa variegata, atau nama biasanya adalah Ara kuning.
Pokok ini perlu ditanam di tempat yang mendapat cahaya penuh dan panas.
Ianya boleh ditanam sebagai tanaman tunggal, pagaran dan cantik juga untuk direka menjadi bonsai.
Gambar di atas adalah tanaman ini yang sedang dibentuk untuk dijadikan bonsai oleh saya sendiri, pada asalnya saya menanamnya di tanah untuk menghasilkan batangnya yang besar, saya menggunakan kaedah tanaman keratan batang. Bila keadaan batangnya telah menjadi besar, sekarang saya telah mengubahnya ke dalam pasu untuk dibentuk menajdi bonsai. Harapan saya supaya nanti, ia akan menjadi bonsai yang menarik dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Sunday, March 08, 2009


Apa khabar....
Ini adalah family saya, sungguh bahagia rasanya kehidupan ini bersama anak-anak dan isteri tersayang. Kehidupan berkeluarga sangat indah sekiranya kita dapat bersama-sama merencanakan arah tuju hidup kita dengan sempurna. Keyakinan diri juga akan lebih teguh dengan adanya sikap saling bantu-membantu dan toleransi antara ahli keluarga terutamanya suami isteri. Anak-anak adalah anugerah dan juga amanah dari Allah untuk kita menjaga dan mendidiknya menjadi insan yang bertaqwa.
Sebagai ketua keluarga, kita para suami perlulah membentuk keluarga ke arah kesempurnaan, demi menyambung warisan hidup kita dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk menyambung dakwah islamiah yang agung lagi suci.

Sunday, March 01, 2009

TENSION....STRESS.....PENING KEPALA.....GERAM......
Kenapa jadi begitu?...... tekanan kerja.
Itulah situasi yang terjadi pada guru-guru di sekolah pada masa ini, ini adalah realiti yang memang berlaku. Tanggapan orang ramai bahawa bidang kerja seorang guru adalah mudah, simple dan berbagai perkataan lain yang menggambarkan bahawa kerja guru itu senang adalah salah..silap sama sekali.
Bukan saya hendak mengeluh tetapi hanya sekadar meluahkan perasaan yang terbuku. Karier seorang guru di katakan baik, elok, mulia dan bagus. Memang itu tidak dinafikan, kerana dari seorang guru yang mendidik pelajar itu lah telah melahirkan insan-insan terkenal, berjaya, kaya, mulia dan berbagai lagi.
Sekarang ini, guru dibebani dengan pelbagai tugas yang kadang-kala difikirkan agak melampaui batas, guru terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian ( mengisi borang-borang ), kerja perakaunan ( kutipan yuran, wang rumah sukan, wang persatuan dan kelab, wang aktiviti permainan ), kerja pengauditan ( mengisi buku stok, memeriksa dan menjilid alatan dalam panitia dan lain-lain tugas lagi.
Tetapi pada dasarnya tugas utama guru adalah mengajar sama ada di dalam atau luar bilik darjah, itulah perkara yang dirujuk untuk menilai seorang guru. Jadi cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana seorang guru itu mampu untuk menyampaikan isi pengajarannya dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan kepadanya. Memang sukar untuk digambarkan situasi ini, fikir...fikirkan lahhhh.

Wednesday, February 25, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekali lagi kita dipersembahkan dengan berita-berita dalam akhbar utama yang berkaitan dengan salah laku anak-anak pelajar sekolah yang berbudayakan samseng. Berita tentang buli, bergaduh, balas dendam, mencuri, mengugut dan seribu satu macam gejala keruntuhan moral pelajar kita. Kini semua perlu tahu dan yakin bahawa mereka inilah yang akan menjadi tunjang kepimpinan pada masa hadapan....apakah kita mahu pemimpin masa hadapan yang sebegini, yang selalu bergaduh, yang selalu berdendam dan mengugut sesuka hati. Kalau jawapan kita .... tidak ! apakah cara dan tindakan untuk memperbaiki keadaan ini ?. Adakah memadai dengan hanya ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pendidik di sekolah untuk membentuk jasmani dan rohani anak-anak ini. Ataupun serahkan sahaja kepada pihak berkuasa seperti polis untuk menjaga keharmonian masyarakat dari semua gejala negatif ini. Sekarang, sewajarnyalah semua ahli masyarakat berfikir secara rasional bagi memulihkan moral dan mentaliti golongan remaja dan belia yang akan mendukung piagam kepimpinan negara pada masa akan datang, kita tidak boleh asyik menunggu dan dan berfikir dahulu untuk mencari suatu jalan yang entah bila akan dimulakan. Kita semua tahu, pihak pemerintah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi membawa remaja dan belia ini ke arah pembentukan rohani dan jasmani yang sempurna, kita ada program PLKN, kita ada Rakan Muda, kita juga mempunyai banyak NGO yang cuba untuk membentuk disiplin remaja dan anak muda kita.
Persoalannya adakah itu mencukupi, setiap program yang dianjurkan mempunyai pengisian modul-modul yang hebat dan menarik, tetapi ia akan tamat dalam masa mungkin seminggu, sebulan, dua bulan atau tiga bulan, apakah ada tindakan susulan...sebenarnya setiap program yang dilaksanakan itu perlukan susulan jangka panjang. Tindakan susulan ini hendaklah di buat oleh para waris, ibu bapa, adik beradik dan juga ahli masyarakat. Jika tidak apa yang dilaksanakan dalam setiap program tersebut akan habis begitu sahaja dan jiwa remaja akan kembali kosong.
Pada pandangan saya, pembentukkan moral dan jiwa anak-anak remaja ini seharusnya dibentuk dan disemaikan oleh ibu bapa di rumah, ini lah yang paling utama. Pihak lain adalah pihak kedua untuk membantu ibu bapa ini mengawal dan memperkukuhkan lagi didikan tersebut. Pihak ibu bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik ini kepada pihak kedua seperti guru di sekolah, guru hanyalah membantu ibu bapa untuk memperelokkan lagi diri anak-anak dengan ilmu-ilmu yang disampaikan dalam bentuk mata pelajaran yang diajar, dan guru-guru juga akan cuba mengawal disiplin dan tingkah laku anak-anak ini semsa di sekolah, bukan menjadi satu tugas guru untuk membentuk disiplin mereka. Jika masyarakat menganggap guru adalah orang yang bertanggungjawab membentuk disiplin anak-anak, itu adalah kurang tepat, apakah kuasa yang ada pada seorang guru untuk berbuat demikian.
Para ibu bapa sekelian, cuba renungkan pandangan ini, fikirkan dengan sedalam-dalamnya, apakah yang anda harapkan dari zuriat yang anda lahirkan dengan bersih rohani dan jasmaninya. Saya akan lanjutkan pandangan dan pendapat ini pada masa lain....sekian.

Sunday, February 22, 2009

Assalamualaikum...
Memulakan catatan dalam blog ini, adalah untuk berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan isu-isu terkini dalam dan luar negara. Melihat kepada keadaan semasa di negara kita sekarang adalah lebih elok kita memerhatikan kepada gelagat generasi pewaris pentadbiran negara kita yang akan datang. Maksud saya di sini anak-anak muda dan belia di negara kita, apakah yang kita akan harapkan dari mereka pada masa hadapan, dengan situasi yang kita lihat pada hari ini , sebahagian besar generasi pewaris ini telah tersungkur dengan pelbagai gejala yang mengharu-birukan, berbagai gejala keruntuhan moral telah melanda....apakah ini akibat dari arus permodenan yang keterlaluan atau salah percaturan didikan. Menyentuh perkara berkaitan pendidikan, dimanakah silapnya arah pendidikan atau hala tuju pendidikan kita. Pendidikan di sini tidak hanya menjurus kepada alam pendidikan formal di sekolah, kolej atau IPT sahaja, tetapi apa yang paling utama adalah pendidikan tak formal di rumah dan dalam masyarakat. Keutamaan dalam pembentukan peribadi anak-anak ini adalah bermula dari rumah, perlu dilihat bagaimana cara pembentukan peribadi anak-anak di rumah, ibu bapa adalam 'acuan' utamanya, dari sini ia akan bercambah dalam masyarakat. Bagaimana masyarakat hendak membentuk keperibadian mulia untuk generasi-generasi pewaris ini ? ...cuba anda fikir-fikirkan, dan sama-sama kita luahkan pandangan dan buah fikiran demi melahirkan kekuatan ummah kita dan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara tercinta.