Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekali lagi kita dipersembahkan dengan berita-berita dalam akhbar utama yang berkaitan dengan salah laku anak-anak pelajar sekolah yang berbudayakan samseng. Berita tentang buli, bergaduh, balas dendam, mencuri, mengugut dan seribu satu macam gejala keruntuhan moral pelajar kita. Kini semua perlu tahu dan yakin bahawa mereka inilah yang akan menjadi tunjang kepimpinan pada masa hadapan....apakah kita mahu pemimpin masa hadapan yang sebegini, yang selalu bergaduh, yang selalu berdendam dan mengugut sesuka hati. Kalau jawapan kita .... tidak ! apakah cara dan tindakan untuk memperbaiki keadaan ini ?. Adakah memadai dengan hanya ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pendidik di sekolah untuk membentuk jasmani dan rohani anak-anak ini. Ataupun serahkan sahaja kepada pihak berkuasa seperti polis untuk menjaga keharmonian masyarakat dari semua gejala negatif ini. Sekarang, sewajarnyalah semua ahli masyarakat berfikir secara rasional bagi memulihkan moral dan mentaliti golongan remaja dan belia yang akan mendukung piagam kepimpinan negara pada masa akan datang, kita tidak boleh asyik menunggu dan dan berfikir dahulu untuk mencari suatu jalan yang entah bila akan dimulakan. Kita semua tahu, pihak pemerintah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bagi membawa remaja dan belia ini ke arah pembentukan rohani dan jasmani yang sempurna, kita ada program PLKN, kita ada Rakan Muda, kita juga mempunyai banyak NGO yang cuba untuk membentuk disiplin remaja dan anak muda kita.
Persoalannya adakah itu mencukupi, setiap program yang dianjurkan mempunyai pengisian modul-modul yang hebat dan menarik, tetapi ia akan tamat dalam masa mungkin seminggu, sebulan, dua bulan atau tiga bulan, apakah ada tindakan susulan...sebenarnya setiap program yang dilaksanakan itu perlukan susulan jangka panjang. Tindakan susulan ini hendaklah di buat oleh para waris, ibu bapa, adik beradik dan juga ahli masyarakat. Jika tidak apa yang dilaksanakan dalam setiap program tersebut akan habis begitu sahaja dan jiwa remaja akan kembali kosong.
Pada pandangan saya, pembentukkan moral dan jiwa anak-anak remaja ini seharusnya dibentuk dan disemaikan oleh ibu bapa di rumah, ini lah yang paling utama. Pihak lain adalah pihak kedua untuk membantu ibu bapa ini mengawal dan memperkukuhkan lagi didikan tersebut. Pihak ibu bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik ini kepada pihak kedua seperti guru di sekolah, guru hanyalah membantu ibu bapa untuk memperelokkan lagi diri anak-anak dengan ilmu-ilmu yang disampaikan dalam bentuk mata pelajaran yang diajar, dan guru-guru juga akan cuba mengawal disiplin dan tingkah laku anak-anak ini semsa di sekolah, bukan menjadi satu tugas guru untuk membentuk disiplin mereka. Jika masyarakat menganggap guru adalah orang yang bertanggungjawab membentuk disiplin anak-anak, itu adalah kurang tepat, apakah kuasa yang ada pada seorang guru untuk berbuat demikian.
Para ibu bapa sekelian, cuba renungkan pandangan ini, fikirkan dengan sedalam-dalamnya, apakah yang anda harapkan dari zuriat yang anda lahirkan dengan bersih rohani dan jasmaninya. Saya akan lanjutkan pandangan dan pendapat ini pada masa lain....sekian.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment